Ini merupakan kompilasi tafsir oleh tiga ulama mufassir yang mahsyur dan ulung dalam bidangnya, dalam mentafsirkan sebuah surah yang agung dan menjadi teras kepada tauhid, Surah Al-Ikhlas. Surah yang mengandungi 4 ayat ini menjadi bacaan harian sekumpulan besar masyarakat Muslim di seluruh dunia zaman berzaman. Selain ianya surah yang ringkas dan mudah dihafal serta dibaca di dalam Solat, para Sahabat Nabi sangat mencintai surah ini sehinggakan ada di antara mereka juga membaca surah Al-Ikhlas dalam setiap solat mereka, dan Nabi doakan orang tersebut dicintai oleh Allah sebagaimana orang tersebut mencintai surah Al-Ikhlas. Alangkah ruginya bacaan harian ini jika tidak dapat difahami maksudnya dengan baik dan dihadamkan serta dipraktikkan dalam kehidupan. Yang membuatkan buku ini bertambah menarik, ia membawakan tafsiran daripada 3 ulama yang berada di 3 zaman berbeza, Tafsir Al-Tabari mewakili mufassir zaman awal Islam, Tafsir Ibn Kathir pula mewakili zaman pertengahan manakala Tafsir As-Sa’di mewakili zaman kontemporari.
Tafsir Surah Al-Ikhlas
RM28.00
Frequently Bought Together
Weight | 0.45 kg |
---|---|
Dimensions | 21 × 14 × 1 cm |
Author | |
Binding | Paperback |
ISBN | 9789671707425 |
Pages | 165 |
Publisher | Karya PiS Sdn Bhd |
Be the first to review “Tafsir Surah Al-Ikhlas” Cancel reply
You must be logged in to post a review.
You may also like…
Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran
Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih?
Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu.
Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.
Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.
Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya.
Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.
Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?
Wanita Yang Paling Bahagia Di Dunia
Panduan Solat (A Guide To Salah)
Panduan Solat
Wudhu dan Tayyamum
Waktu, Tempat, Pakaian dan Jenis-Jenis Solat
Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran
Iman Kepada Allah ; Serial Aqidah Islam – 1
Iman Kepada Allah: menurut al-Qurán dan hadits – Serial Aqidah Islam 1/ Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar. Iman kepada Allah merupakan salah satu pilar utama rukun iman dan juga menjadi pijakan bagi seluruh jenis ritual ibadah lainnya. Ketaatan dan ibadah apapun tak akan diterima oleh Allah bila tidak dilandasi aqidah ini.
Menggapai Bintang: Ibrah Kisah-kisah Di Dalam Al-Quran
Related Products
Perisai Muslim – Hisnul Muslim (Pocket size)
Buku ini adalah terjemahan Bahasa Melayu dari Hisnul Muslim oleh Sa’id bin Ali Wahf al Qahthani. Himpunan doa dan zikir daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Buku ini mengandungi semua jenis doa dalam kehidupan seharian, bermula dari bangun tidur hingga kepada tidur yang berikutnya.
Haji & Umrah (Panduan Poket BM)
PANDUAN POKET bagi mengerjakan Umrah, Haji, dan Ziarah Madinah
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati
Gelisah, risau, takut, putus asa.
Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.
Muhammad S.A.W. Anda Bagaikan Dapat Melihat Baginda
Nota My #QURANTIME Juzuk 2
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-2 ini lebih istimewa kerana di dalamnya terdapat lebih banyak perbincangan yang dikupas secara menyeluruh. Antaranya ialah:
- Pertukaran arah kiblat
- Kekal hidup bagi yang berjihad di jalan Allah
- Ujian Allah buat mereka yang bersabar
- Ganjaran buat mereka yang ditimpa musibah
- Laknat bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran
- Hukum berniaga ketika musim haji
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
Nota My #QURANTIME Juzuk 1
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
There are no reviews yet.