Ini merupakan koleksi yang sangat hebat tentang peristiwa-peristiwa daripada kehidupan Rasullullah SAW, kisah sejarah Islam dan anekdot yang mengujakan fikiran daripada pengalaman pengarang. Matlamat buku ini ialah untuk melatih pembaca supaya berseronok menikmati kehidupan mereka dengan mempraktikkan pelbagai kemahiran perkembangan diri dan kemahiran interpersonal (hubungan sesama manusia). Apa yang membuatkan kita tertambat dan tidak melepaskan buku ini ialah kerana, dalam menonjolkan kebaikan dan manfaatnya menggunakan kemahiran sosial, pengarang telah mengambil pelbagai contoh dari kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a..
Buku ini merupakan sebuah buku panduan yang bersistematik secara praktikal tentang pembaikan diri dan juga sebuah harta karun yang berisi peristiwa-peristiwa bersejarah. la boleh meningkatkan kesedaran diri, di samping memupuk jiwa dan menguatkan rohani.
Pengarang buku ini ialah seorang yang terkenal di dalam bidang Dakwah Islam dan telah mengarang lebih dari dua puluh hasil penerbitan.
au.mu.smj –
Book was a very interesting read. It contains many examples on how to interact with people in our everyday life.
koronalisma –
setelah lama saya mencari buku ini, akhiranya jumpa! dan hasilnya sungguh memuaskan. jazakallah