Tradisi penulisan sejarah (historiografi) Alam Melayu sejak lama berkembang sebagai warisan agung dalam bentuk sastera sejarah, yang sedikit sebanyak diresapi unsur-unsur mitos dan legenda. Antara karya agung yang terpenting sekali ialah SEJARAH
MELAYU oleh Tun Seri Lanang, yang malangnya telah dikritik hebat oleh Prof. Ahmat Adam dalam bukunya, Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia (2016). Percubaan ke arah penulisan sejarah Alam Melayu secara sistematis dipelopori oleh Cikgu Abdul Hadi Hj. Hassan, yang mulai menulis karya besarnya, Sejarah Alam Melayu, pada tahun 1925 sebanyak tiga jilid. Setelah kegiatannya terhenti pada 1929, usahanya disambung oleh anak muridnya, Buyong Adil, pada tahun 1939 sebanyak dua jilid lagi. Tanpa menafikan kepentingan kar- ya-karya tradisional seperti ini, terdapat kelemahan- kelemahan tertentu lantaran kecenderungannya kepada tradisi pra-Islam di dalamnya. Baru kemudian melalui peranan tokoh-tokoh sarjana Melayu seperti Prof. Hamka di Indonesia dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di Malaysia, timbul kesedaran ke arah reformasi penulisan sejarah di Alam Melayu, dengan menekankan peranan Islam yang selama ini dipinggirkan atau diabaikan. Lalu sejak itu kajian dan penulisan sejarah Islam di Alam Melayu semakin berkembang dan bersemarak. Dengan memanfaatkan karya-karya
tradisional dan moden, buku Sejarah Pemerintahan Islam di Alam Melayu ini cuba memperincikan sejarah pemerintahan dan kerajaan- kerajaan Islam di Alam Melayu, sejak awal pertumbuhann- ya hingga kejatuhannya menjelang kedatangan penjajah Barat. Oleh
kerana tinjauan sejarah di sini bersifat menyeluruh dan meliputi segenap negeri di Alam Melayu, sudah tentu perbahasan yang detail tentang sesuatu aspek tertentu tidak dapat dilakukan kerana ia akan menjadikan buku ini sangat tebal. Para pembaca yang berminat
untuk mendalaminya dianjurkan agar merujuk buku-buku lain, yang antaranya disebutkan dalam Bibliografi buku ini.
There are no reviews yet.