Justeru itu, ia merupakan salah satu hasil karya yang terbaik dan paling lengkap tentang sirah Rasulullah s.a.w. Maka kami memilih buku ini dalam usaha untuk memanjangkan lagi dakwah Islamiah dengan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Kami berharap ia akan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan mendalam kepada pembaca di Malaysia dan seluruh negara di rantau Asia Tenggara. Tajuk buku ini datangnya dari ayat Al-Quran, Surah Al-Mutaffifiin: “Yusqawna mirraheq-(in)-makhtum-in” (bermaksud “mereka diberi minum dari satu minuman yang terpelihara bekasnya”).
InsyaAllah, jika anda mula membuka buku ini, anda akan berasa berat untuk menutupnya kembali. Ini kerana anda akan terpesona dengan kehebatan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Percayalah, titisan air mata akan mengalir tanpa disedari.
daniques198 (verified owner) –
Malay
Alhamdulillah. Buku sampai dengan selamat. Menanti edisi Melayu ini sampai dan penantian itu sangat berbaloi. Rekabentuk buku sangat kualiti tinggi. Kertas yang sangat bagus kualitinya. Suka sangat dengan buku ini. Terima kasih! Selamat Membaca 📝
English
Alhamdulillah. Just received the book in best condition. I waiting for Malay Edition to arrive and worth it to wait. The design was top notch. The paper good quality indeed. Really love the book so much. Thank you! Happy Reading 📝