Buku ini merupakan kompilasi bagi empat karya dalam bidang ‘aqidah, berserta satu tulisan yang pertama kali diterjemah dan diterbitkan ke dalam Bahasa Melayu, iaitu: Bayan ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, atau lebih dikenali sebagai al-‘Aqidah al-Tahawiyyah oleh Imam Abū Ja’far al-Tahawi (m. 321H/933H).
Muqaddimah al-Risalah al-Qayrawäniyyah oleh Imam Ibn Abú Zayd al-Qayrawani (m. 386H/996M).
Sharh al-Sunnah oleh Imam al-Muzani (m. 264H/878M).
Uşül al-Sunnah oleh Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H/855M).
Al-I’tiqad al-Qadiri oleh al-Qadir Billah Abu al-‘Abbās Ahmad bin Ishaq al-‘Abbāsī (m. 422H/1031M).
Tulisan-tulisan ini mewakili empat mazhab fiqh yang ada dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, sekaligus menggambarkan kesepakatan umat Islām dalam menyatakan ‘aqidah yang benar lagi sahih, sebagai bekalan dalam menghadapi pencemaran doktrin kepercayaan, serangan ideologi pemikiran, dan ancaman pemesongan keyakinan yang melanda umat Islām ketika ini dan di masa hadapan.
There are no reviews yet.