Bidaah (pembaharuan dalam agama) adalah satu ancaman terhadap ketulenan dan kesucian Islam. Ajaran sebenar para nabi terdahulu terpesong akibat pembaharuan oleh pengikut yang menjauhi bimbingan Rasul mereka. Justeru, para ulama hadis tersohor telah memastikan dalam pelbagai kitab mereka terdapat bab khusus yang menyentuh tentang ancaman bidaah sepertimana yang telah Nabi Muhammad ﷺ memberi amaran yang keras.
Dalam risalah ini, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin memberi tumpuan terhadap Bidaah Hasanah (Pembaharuan yang Baik) dengan tujuan untuk menerangkan salah faham yang membelenggu masyarakat awam. Dr. Asri turut ingin menegaskan kebenaran bersandarkan bukti yang kukuh dan mampu ditentukan.
“Setiap perkara yang telah kuberikan pandangan yang (kemudiannya) bercanggah dengan as-Sunah; maka kumenariknya kembali—sama ada semasa hayatku mahupun selepas kematianku.”
There are no reviews yet.