Ini merupakan nasihat Shaykh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad agar Ahli Sunnah saling sayang-menyayangi, saling melengkapi serta saling memaafkan kelemahan masing-masing.
Banyak mutiara nasihat beliau yang menasihatkan tentang apa yang seorang Ahli Sunnah perlu sibukkan diri dengannya, dan apa yang tidak sepatutnya seorang Ahli Sunnah menjerumuskan diri ke dalamnya.
Nasihat beliau ini amatlah penting buat kita semua agar kita tahu apa yang sepatutnya kita fokuskan dan apa yang sepatutnya kita tinggalkan dalam urusan interaksi sesama ikhwah Ahli Sunnah agar kita menjadi seorang Ahli Sunnah yang sejati.
Ahli Sunnah adalah mereka yang mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dan para Sahabatnya. Mereka menisbahkan diri kepada Sunnah Nabi kerana Nabi SAW memerintahkan mereka untuk berpegang teguh dengan sunnahnya dan memberi amaran kepada mereka yang menyelisihinya. Namun, Rasulullah SAW telah mengkhabarkan bahawa sesiapa yang hidup pada zaman para sahabat pasti akan menemui perpecahan dan perselisihan, kemudian baginda memerintahkan para sahabat untuk mengikuti jalan yang lurus, iaitu sunnah baginda dan sunnah para penggantinya daripada Khulafa’ Al-Rashidin.
Antara perkara menyedihkan pada zaman ini adalah tercetusnya konflik dan perpecahan daripada sebahagian Ahli Sunnah, sehingga mengakibatkan mereka menyibukkan diri dengan mencela, mentahzir, dan memulaukan sebahagian yang lain. Justeru, penulis melihat risalah ini sangat penting sebagai buah nasihat kepada ikhwah Ahli Sunnah.
There are no reviews yet.