Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna by Khubaib Akhi

RM35.00

Hurry up, Only 2 left.
Highlights:

Muhammad SAW adalah cita-cita kita semua.
Peribadinya adalah lambang kesempurnaan seorang manusia.
Mampukah kita menjadi seperti Baginda?

Baginda sempurna empatinya, tetapi ia bukan tumbuh sekelip mata.
Baginda sempurna sabarnya, tetapi ia bukan muncul secara magikal.
Baginda sempurna tawakkalnya, tetapi ia bukan terjadi satu malam.

Kesempurnaan itu terbentuk melalui suatu proses nyata dan terperinci yang ditetapkan Allah SWT.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan yang praktikal dan sistematik bagi mencapai kesempurnaan keperibadian Nabi SAW. Bukan sekadar retorik dan cakap kosong, penulis berusaha mengadunkan wahyu yang suci dengan sains kemanusiaan yang terperinci. Dengan itu, terbentanglah jalan untuk meneladani Sunnah Baginda SAW.

SKU: BM434 Category:
Description

 

width=447

‘Peta Strategik Sunnah Nabi’ ini menjadi gambaran besar sekaligus tawaran Bagaimana Muhammad Menjadi Nabi SAW* kepada pembacanya.
Ia berpunca daripada sebuah realiti, iaitu kegagalan kita untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh Baginda dan Sahabatnya, sedangkan kita mempunyai ‘alat-alat’ yang sama sebagaimana yang ada di tangan mereka. Lalu, mengapa pencapaiannya berbeza sama sekali? Jawabnya, adalah kita tidak melalui proses yang sistematik dan strategik sebagaimana yang generasi tersebut lalui.
Penulis menyusun sebuah agenda untuk meneladani Nabi SAW dalam bentuk sebuah rumah strategi. Akidah, Ibadah, Qiraah (merujuk kepada pembacaan al-Quran dan lain-lain pembacaan) dan Biah (sekeliling) menyusun semula amalan sehari-harian yang telah menjadi rutin itu sebagai sebuah rangkaian yang tersusun sebagai asas dalam rumah strategi ini. Renungan yang mendalam dan insighful dilakukan ke atas setiap satu daripadanya supaya ia betul-betul berperanan dan berimpak seperti yang telah dialami oleh Baginda sendiri.
Asas yang solid inilah nanti akan memacakkan kukuh tiang-tiang akhlak yang menjadi kompas dalam kehidupan. Daripada ratusan jika bukan ribuan akhlak yang ada, 7 akhlak utama dicerakinkan lalu diberikan saranan-saranan praktikal bagaimanakah Baginda menghasilkannya melalui proses yang tertentu.
Ia bukanlah betul-betul sempurna, tetapi ia pelan strategik untuk meneladani Baginda, supaya bukan sekadar menjadi retorik dan cakap kosong, sebaliknya benar-benar menunjukkan prosesnya yang jelas. Semuanya agar ‘Sunnah’ Baginda berfungsi dan berpengaruh ke atas seluruh kehidupan kita.

Nota Editor:

  • Perjalanan Muhammad SAW Menjadi Sempurna merumuskan suatu jalan strategik apakah (what) dan bagaimanakah (how) untuk meneladani Baginda. Sebab itu khuluqin ‘azim menjadi kalimah yang menghiasi kulit depannya pula memandangkan akhlak yang agung itulah output paling besar yang dimahukan.
  • Ia pula bukanlah suatu ‘Sunnah’ yang baharu atau direka-reka, penulis membetulkan dan melaraskan semula tetapan (setting) setiap amalan yang dilakukan supaya ia betul-betul berfungsi dan memberikan impak. Di samping itu, penulis juga cuba memaparkan bahawa untuk meneladani Baginda, kita memerlukan proses dan jalan kerjanya bukan semata-mata memaksa diri untuk memimik hasil yang dicapai Baginda. Maka setiap akhlak yang muncul pada keperibadiannya itu ada cara untuk kita sendiri munculkannya dalam peribadi kita.
Semoga ia menjadi asbab syurgawi di akhirat kelak dan menjadi bukti bahawa kita benar-benar umat Nabi Muhammad SAW yang ingin meneladaninya, meneladani dengan serius.
Additional information
Weight 0.50 kg
Author

Binding

Paperback

ISBN

9789672459521

Pages

308

Publisher

Iman Publication

Découvrez avec Betzoid les casinos avec un dépôt minimum de 1 euro
Close
Close
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping

Select your currency
MYR Malaysian ringgit