Saban hari, dari pagi hingga malam kita mencari dan mengimpikan rasa tenang.
Ia sentiasa datang dan pergi dengan sendiri. Ketenangan itu tidak pernah kekal dengan kita, dan akan selalu didamba.
Mungkin sebenarnya, ketenangan hakiki itu tidak terletak di dunia. Tenang hadir hanya sementara, cukup untuk membuatkan kita ternanti-nanti bila ia akan hadir semula.
Buku ini hadir untuk memberikan pesan-pesan buat sebuah hati, sebagai bekalan menuju ketenangan yang abadi. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyedarkan kita akan hakikat masalah dan cabaran kehidupan ini yang tidak akan luput. Atas sebab itu, kita perlu menyediakan hati yang kuat untuk menghadapinya.
Nota My #QURANTIME Juzuk 1
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.
Nota ini juga merangkumi: