Ilmu tentang akidah merupakan ilmu yang pertama yang wajib diketahui oleh umat Islam terutama sekali berkaitan asas-asasnya. Ia merupakan ilmu yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah dalam satu ikatan yang kukuh dan memastikan ibadah yang dilakukan mereka mempunyai tujuan yang betul. Mempelajari akidah membetulkan hala tuju ibadah yang dilakukan, mengenal Tuhan dalam erti kata yang sebenar dan membendung fahaman-fahaman sesat daripada menular ke dalam masyarakat Islam. Ia juga memberi ruang bagaimana cara membantah hujah fahaman-fahaman sesat tersebut mengikut cara yang diajar oleh Islam itu sendiri.
Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menjelaskan pandangan dan nasihat imam Abd al-Rahman al-Wasiti kepada umat Islam supaya mengikut jejak langkah generasi salaf terdahulu dalam beberapa permasalahan akidah iaitu permasalahan sifat, permasalahan tinggi Allah di langit dan berada tinggi di atas Arasy, dan permasalahan huruf dan suara yang dikaitkan dengan al-Quran al-Majid, kerana mengikut jejak langkah mereka lebih selamat dalam permasalahan-permasalahan tersebut.
Penterjemah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru penterjemah yang memberi sokongan padu bagi menyiapkan terjemahan kecil ini. Begitu juga penterjemah tidak lupa dengan galakan yang diberikan oleh para sahabat seperjuangan di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu daripada pelbagai bidang pengajian Islam, terutama sekali Dekan Fakulti Pengajian kontemporari Islam, mudah-mudahan Allah membalas mereka dengan kebaikan yang banyak di dunia dan juga akhirat.
There are no reviews yet.