Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?
PINTAR AL-QURAN dihasilkan untuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan.
Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran. Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.
Nota My #QURANTIME Juzuk 3
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-3 ini lebih istimewa kerana di dalamnya terdapat lebih banyak perbincangan yang dikupas secara menyeluruh. Antaranya ialah:
Nota ini juga merangkumi: