Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.