Akidah adalah rukun bagi kehidupan seseorang Muslim, kerana dengannya dia memperoleh keselamatan. Jika akidahnya sahih, maka diterima amalan-amalannya, dan begitu juga sebaliknya.
Oleh kerana itu, fasa awal dakwah Nabi Muhammad SAW adalah membentuk akidah yang sahih dalam umat Islam. Baginda menyeru kepada tauhid dan meninggalkan syirik. Perkara ini berterusan dalam jangka masa yang panjang dan syariat-syariat lain tidak diturunkan pada ketika itu melainkan sedikit sahaja.
Majoriti inti Al-Qur’an yang diturunkan di Mekah membahaskan sekitar perkara akidah, berkenaan keimanan kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari akhirat, ketentuan takdir dan lain-lain. Syarhus Sunnah Al-Barbahari adalah antara kitab terawal yang membentangkan secara terperinci akidah Islam. Kata beliau pada mukadimahnya, “Islam itu adalah Al-Sunnah, dan Al-Sunnah adalah Islam”.
There are no reviews yet.