Ramai yang bertanya kepada saya apa isi kandungan buku terbaru yang saya lancarkan semalam berkaitan Metodologi Memahami Hadis. Alhamdulillah dalam masa sehari telah lebih 1000 ditempah buku ini.
Ini saya lampirkan beberapa isi kandungan serta bab yang terdapat dalam buku ini. Buku ini secara ringkasnya menerangkan bagaimana metodologi memahami hadis berdasarkan:
– Usul al-Fiqh
– Bahasa Arab
– Ilmu Balaghah
– Maqasid al-Syariah
– Ulum al-Hadis
Dalam karya ini saya cuba untuk menyesuaikan agar ia dapat difahami oleh pelajar-pelajar agama jurusan pengajian Islam serta orang awam agar dapat mengetahui bagaimana metodologi ahli ilmu dalam memahami nusus dan dalil berkaitan agama.
Dalam buku ini saya menukilkan perkataan ilmuwan terdahulu seperti tokoh dalam mazhab Syafie seperti Imam Syafie dan al-Nawawi.
Ketika membahaskan tentang sahih al-Bukhari, saya tidak hanya berpada dengan satu rujukan. Umumnya mungkin ada yang hanya mengenali Ibn Hajar al-Asqalani sahaja sebagai pensyarah sahih al-Bukhari, hakikatnya masih ada pelbagai karya ulamak terdahulu terhadap syarah kitab hadis tersebut. Saya merujuk kepada pelbagai syarah sahih al-Bukhari seperti karya Ibn Battal, Ibn Rajab dan Ibn Hajar al-Asqalani untuk menyiapkan buku ini.
– Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, penulis buku Metodologi Memahami Hadis –
There are no reviews yet.