[Buku Baharu]
Buku ini telah dikarang oleh Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri dari Banaras (India). Pada tahun 1976, konferens pertama tentang Sirah Nabi Muhammad s.a.w. telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad s.a.w. Sebanyak 171 naskhah manuskrip telah diterima dari seluruh dunia, dan “Ar-Raheeq
Al-Makhtum” telah mendapat tempat pertama atas sebab himpunan kisah-kisah dan hadisnya yang sahih dan benar.
Justeru itu, ia merupakan salah satu hasil karya yang terbaik dan paling lengkap tentang sirah Rasulullah s.a.w. Maka kami memilih buku ini dalam usaha untuk memanjangkan lagi dakwah Islamiah dengan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Kami berharap ia akan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas dan mendalam kepada pembaca di Malaysia dan seluruh negara di rantau Asia Tenggara.
Tajuk buku ini datangnya dari ayat Al-Quran Surah Al-Mutaffifiin: “Yusqawna mirraheeq-(in)-makhtum-in” (bermaksud “mereka diberi minum dari satu minuman yang terpelihara bekasnya”)
InsyaAllah, jika anda mula membuka buku ini, anda akan berasa berat untuk menutupnya kembali. Ini kerana anda akan terpesona dengan kehebatan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Percayalah, titisan air mata akan mengalir tanpa disedari.
.
.
Harga Biasa: RM85
.
.
Dapatkan sekarang di:
▪︎ Seksyen 14, PJ.
▪︎Ampang Point, Ampang.
▪︎https://www.dakwahbookstore.com/product/kehidupan-mulia-nabi-muhammad-saw-ar-raheeq-al-makhtum/
.
Untuk keterangan lanjut, boleh mesej melalui Whatsapp ke:
•+6010-803 3820 (Online Shopping)
•+6011-1146 6428 (General Enquiry PJ)
•+6011-1623 6409 (General Enquiry Ampang)