Buku tajwid yang ini mengandungi hukum hakam tajwid yang lengkap dalam bentuk illustrasi dan keterangan gambar serta QR code tang terlampir Antara keistimewaan kitab ini yang tiada pada mana-mana kitab lain ialah:
1.Ditulis oleh ulama’ tersohor & paling diiktiraf dunia dlm bidang tajwid – Syeikh Dr. Aiman Suwaid hafizahullah. Beliau merupakan ketua juri bagi pelbagai majlis perujian hafazan al-Quran peringkat antarabgsa 30 juzuk, juga menjadi pakar rujuk tartil / tajwid al-Quran di dunia. Jika sebut nama beliau pada masyarakat Arab, boleh dikatakan rata-ratanya mengenali beliau lantaran sering tampil di rancangan televisyen al-Quran seperti Tijan an-Nur.
2.Beliau turut menyebut sendiri secara terperinci dalam kitab ini guru-guru beliau dan menyatakan sanad bacaan al-Quran beliau yang terus bersambung dengan Rasulullah saw dalam kitab ini.
3.Kitab ini sangat banyak ilustrasi&gambar rajah berwarna utk menerangkan sesuatu hukum tajwid dengan lebih jelas. Ia lebih memudahkan pembaca & tidak membosankan. Ia juga mesra pembaca dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia kerana kandungannya tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat.
4.Kitab ni bersifat interaktif dan kontemporari. Ini kerana, pada kitab ini disertakan juga QR Code. Jadinya, jika kita rasa tidak berasa puas dengan ilustrasi bergambar dalam kitab ni, kita bolehlah scan QR Code tersebut supaya kita dapat tahu bacaannya yang sebenar melalui internet dgn video & audio visual yg dipaparkan. Boleh juga gunakan telefon bimbit untuk scan QR Code tersebut.
5.Kitab ini buat julung-julung kalinya (cetakan pertama terjemahan BM) diterbitkan di Asia Tenggara (Malaysia jadi perintis), dengan terjemahan berbahasa Melayu (Malaysia) yang standard. Sebagai pentashih terjemahan kitab dan penyemak yang dilantik pada akhir tahun 2018 yang lepas, saya telah membaca seluruh kandungan kitab tersebut dari kulit ke kulit. Saya dapati ia sangat mudah difahami dan menarik.
6.Kulit kitab, helaiannya, serta kandungannya berkualiti – 1 jilid, dwibahasa (B.Melayu & B.Arab), kulit kitab yang keras, helaian kertas licin dan penuh dengan ilustrasi bergambar berwarna-warni, serta jumlah halaman hampir 500 mukasurat. Sesuai dan berpatutan dengan harganya.
7.Kitab ini tidak hanya membincangkan ilmu tajwid smata-mata, malah diselitkan juga topik berkenaan sejarah perkembangan penulisan mushaf al-Quran & perkara yang berkaitan hafazan al-Quran seperti adab menghafaz al-Quran dan lain-lain sebagai bonus buat para pembaca.
There are no reviews yet.